fbpx

Korban letusan Semeru makin meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Letusan Semeru telah menjejaskan 5,205 penduduk di kawasan itu. - AFP

JAKARTA – Seorang lagi mangsa dilaporkan terkorban akibat letusan Gunung Semeru yang menjadikan jumlah keseluruhan angka korban meningkat kepada 14 orang, lapor laman berita Merdeka.com.

Pegawai Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), Abdul Muhari dalam satu sidang media berkata, 14 mangsa dilaporkan meninggal dunia setakat pukul 6.30 petang (waktu tempatan).

‘’Dua daripada mereka berasal dari Kampung Supiturang, lima mayat kini berada di Hospital Haryoto, lima mayat di Bhayangkara belum lagi dikenal pasti dan dua mayat berasal dari Kampung Sumberwuluh,’’ katanya.

‘’Seramai 35 mangsa dilaporkan cedera parah termasuk lapan daripadanya dirawat di Hospital Haryoto, 16 mangsa dirawat di Hospital Pasirian, tiga mangsa dirawat di Hospital Bhayangkara, tiga lagi dirawat di Pusat Kesihatan Penanggal. 21 lagi mangsa dilaporkan cedera ringan,’’ jelasnya.

Jumlah 56 mangsa yang dilaporkan cedera itu berkurangan daripada angka yang dikeluarkan sebelum ini  iaitu seramai 69 orang.

Hamburan abu dan awan panas dari Gunung Semeru itu telah melitupi lapan mukim dan menjejaskan seramai 5,205 penduduk di kawasan itu. 

Bagaimanapun, hanya seramai 1,300 orang yang memilih untuk berlindung di pusat perlindungan yang disediakan.

Tambah Abdul Muhari, ketika sidang media itu diadakan, sembilan lagi mangsa dilaporkan masih menunggu untuk disahkan sama ada meninggal dunia atau hilang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI