fbpx

Sabbaruddin Chik meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sabbaruddin

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik telah meninggal dunia sebentar tadi.

Sabbaruddin, 80, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Difahamkan beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sejak seminggu lalu bagi menjalani kuarantin selepas disahkan positif Covid-19.

Bekas Ahli Parlimen Temerloh itu pernah menjawat jawatan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari tahun 1987 hingga 1997.

Selain itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO pada tahun 1996.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI