fbpx

MJHL tetap berlangsung seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIL (tengah) menjelaskan tarikh penganjuran MJHL akan berlangsung dari 11 hingga 30 Disember ini. - MHC

KUALA LUMPUR – Saingan Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) menyaksikan tujuh pasukan bersaing dalam Divisyen Satu selepas pasukan SSMS Resilient menarik diri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh menjelaskan, wakil dari Sabah itu terpaksa menarik diri disebabkan kekangan kewangan.

Bagaimanapun, penarikan diri SMSS Resilient itu tidak menjejaskan jadual dan format pertandingan yang akan tetap berlangsung dari 11 hingga 30 Disember ini.

Menurut Anil, semua pengurus pasukan telah diberikan taklimat khusus mengenai pelbagai Prosedur Operasi Standard (SOP) yang perlu dipatuhi sepanjang kejohanan berlangsung.

“Kami amat prihatin dengan SOP sepanjang kejohonan kerana mahu mengelak berlakunya sebarang kes berkaitan Covid-19 terutama dengan kemunculan varian baharu.

“Semua pengurus dan jurulatih harus mengambil tanggungjawab memaklumkan kepada pasukan dan pemain untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MHC.

“Pihak MHC sudah melakukan persiapan awal sekiranya berlaku sebarang jangkitan positif. Harapan kami agar kejohanan berlangsung tanpa sebarang insiden,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Tujuh pasukan yang bersaing ialah juara bertahan, SSTMI Thunderbolts, AHP-SSP-MS-Thunderbolts, Anderson Thunderbolts, BJSS Thunderbolts, MBPJ Tigers, SMKDBHL PHJ-MSNJ dan SSTMI Jr.

Saingan Divisyen Dua pula dibahagikan kepada Divisyen 2A dan 2B dengan masing-masing terdiri daripada lapan pasukan.

Sementara itu, pasukan UITM terpaksa menarik diri daripada saingan Liga Hoki Dalam Dewan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari 11 hingga 19 Disember ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI