JAKARTA – Wakil pegawai daerah Lumajang, Indah Masdar memaklumkan bahawa seorang penduduk meninggal dunia akibat letusan Gunung Semeru hari ini, lapor portal berita Liputan 6.
Beliau berkata, mangsa terbabit terkorban di daerah sekitar Curah Kobokan Kecamatan Pronojiwo, Lumajang, Jawa Timur
“Ada seorang yang meninggal dunia dari Curah Kobokan. Mangsa dibawa oleh ambulans,” kata Indah dalam sidang akhbar bersama Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) malam ini.
Menurutnya, terdapat 400 keluarga yang tinggal di daerah Curah Kobokan. Sebahagian besar mereka telah berpindah dan sebilangan lagi dalam proses pemindahan.
Indah berkata, proses pemindahan sukar karena tebalnya lumpur.
“Kira-kira tadi sekitar satu jam lalu, kira-kira 10 orang masih belum boleh dipindahkan kerana lokasinya agak sukar sulit,” jelasnya.
Gunung Semeru mengalami peningkatan aktiviti vulkanik dengan menghamburkan awan panas ke Besuk Kobokan, Desa Sapiturang, Kecamatan Pronojiwo, Kabupaten Lumajang, Jawa Timur hari ini pada pukul 15.20 (waktu Indonesia Barat).- Agensi