fbpx

Lelaki ugut bunuh pekerja restoran sudah dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti seorang lelaki tempatan yang didakwa mengugut seorang pekerja di sebuah restoran sepertimana rakaman video tular di media sosial sejak petang tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku sekitar pukul 7 pagi ketika suspek datang berjumpa mangsa yang sedang bekerja di sebuah restoran di Jalan Kaskas 3, Taman Cheras, dekat sini semalam.

“Dalam kejadian itu, suspek yang didakwa membawa sebilah pisau pemotong sayur telah memarahi dan mengugut untuk membunuh mangsa.

“Insiden itu dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang telah menegur perbuatan suspek yang sering membuang air serta sampah dari atas restorannya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek menyewa rumah di atas restoran dan sering membuang air serta sampah dari rumahnya.

“Kita telah mengenal pasti suspek yang merupakan warga tempatan berumur dalam lingkungan 60 tahun yang dipercayai terlibat dalam video yang tular di media sosial sejak petang tadi.

“Orang ramai diingatkan supaya berfikiran rasional dan tidak mengambil tindakan melulu sehingga menyusahkan pihak lain,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI