fbpx

Haaland enggan panaskan bangku simpanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND kini bebas sepenuhnya daripada masalah kecederaan. – AFP

DORTMUND – Penyerang sensasi Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland enggan terlepas sebarang minit perlawanan menjelang pertembungan getir Bundesliga menentang seteru tradisi, Bayern Munich di Stadium Signal Iduna Park awal pagi esok.

Haaland turut menggesa ke­tua jurulatih Dortmund, Marco Rose supaya ‘melanggar’ nasihat doktor pasukan dengan menyenaraikannya dalam kesebelasan utama jika mahu menewaskan juara bertahan itu.

Menurut laporan media Jerman, Bild, Haaland dikatakan sanggup menjalani latihan selama lapan jam sehari bagi memastikan dia mencapai tahap kecergasan terbaik selepas ha­nya dimasukkan sebagai pemain simpanan ketika menentang VfL Wolfsburg hujung bulan lepas.

Ketajaman Haaland sememangnya diperlukan oleh Dortmund yang tersingkir daripada peringkat kalah mati Liga Juara-Juara disebabkan kecederaan dialami penyerang berbisa Norway itu sebelum ini.

Bagi Dortmund, pertembu­ngan yang disifatkan sebagai aksi Der Klassiker itu amat pen­ting kerana kemenangan mampu membolehkan mereka merampas takhta daripada Bayern sebagai pendahulu Bundesliga.

Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah kerana Bayern dilihat berada pada landasan terbaik dan bersedia menghadapi perlawanan itu selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Arminia Bielefeld menerusi jaringan tunggal Leroy Sane.

“Sekarang kami akan bertandang ke Signal Iduna Park untuk menentang Dortmund. Perlawanan ini boleh dilihat sebagai satu pertembungan final antara kedua-dua pasukan,” kata ketua jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann.

Sebagai rekod, kali terakhir Dortmund menang ke atas Ba­yern sewaktu final Piala Super Jerman dua tahun lalu sebelum mereka tewas dalam enam pertembungan terakhir ke atas lawan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI