fbpx
MOHD. AKMAL

Saringan kontak rapat kes Omicron negatif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Pengesanan kontak rapat ke atas pesakit kes pertama positif varian Omicron yang disahkan di negeri ini telah dilakukan dan semua mereka telah menjalani saringan dan kuarantin wajib.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains dan Alam Sekitar negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, ia sebagai langkah berjaga-jaga susulan pengumuman kes pertama positif varian Omicron yang disahkan di negeri ini.

Menurut beliau, kenyataan sidang akhbar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung perkara itu adalah serius.

“Kes menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh. Pengesanan kontak rapat juga dijalankan dan semua mereka telah menjalani saringan ujian Covid-19 dan kuarantin wajib.

“Ujian sampel pertama dan kedua semua kontak rapat adalah disahkan negatif,” ujarnya dalam hantaran menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Kes ini melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November lalu yang merupakan pelajar di sebuah universiti swasta di Ipoh.

Sebagai langkah kawalan, Mohd. Akmal menyarankan orang ramai agar elakkan berada di lokasi yang sesak, sentiasa memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.

Orang ramai juga diingkatkan supaya tidak mengambil mudah tentang kawalan kendiri yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengelak jangkitan Covid-19 serta mengikut pematuhan dengan penuh disiplin. – K! ONLINE

POPULAR