fbpx

Pochettino pertahan prestasi Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (tengah) dikawal ketat dua pemain Nice dalam aksi Ligue 1 yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Parc des Princes awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino mempertahankan Lionel Messi selepas gagal membantu pasukan itu yang sekadar seri tanpa jaringan dengan Nice pada aksi Ligue 1 di Parc des Princes awal pagi semalam.

Rata-rata penyokong PSG mengharapkan sentuhan berbisa daripada Messi selepas dia memenangi Anugerah Ballon d’Or ketujuh peribadinya baru-baru ini, namun dikecewakan dengan prestasi hambar yang ditunjukkan kapten Argentina itu.

Lebih malang apabila Messi bersama dua lagi penyerang PSG, Kylian Mbappe dan Angel Di Maria gagal menyudahkan 22 peluang jaringan yang dimiliki mereka untuk menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol dalam aksi itu.

“Mungkin salah saya kerana terlalu mengharapkan sesuatu daripada Leo (Messi) disebabkan pencapaiannya memenangi tujuh gelaran Ballon d’Or.

“Bagaimanapun, nasib se­perti tidak menyebelahi kami kerana pemain sudah melakukan segala-galanya tetapi masih tidak berjaya menembusi gawang lawan.

“Kadang-kadang situasi sebegini terjadi kepada pasukan anda dan saya perlu terima keputusan ini,” kata Pochettino.

Walaupun seri tanpa jaringan, namun kedudukan PSG sebagai pendahulu Ligue 1 masih sukar dipintas apabila berkelebihan 12 mata ke atas pasukan di tempat kedua, Marseille.

Sebagai rekod, PSG kini mengumpul 41 mata hasil 13 kemenangan, dua seri dan satu kekalahan daripada 16 perlawanan Ligue 1 setakat ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI