fbpx

Peluru meriam tersangkut di dalam dubur lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad bom dihantar ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya peluru meriam itu berbahaya. - AFP via Getty Images

LONDON – Pasukan pemusnah bom terpaksa  dikejarkan ke sebuah hospital di Britain selepas seorang lelaki hadir untuk mendapatkan rawatan setelah sebutir peluru meriam antikereta kebal era Perang Dunia II tersangkut di dalam duburnya, lapor laman berita MailOnline semalam.

Pasukan perubatan meminta pertolongan pakar pemusnah bom selepas lelaki tersebut tiba di unit Kemalangan dan Kecemasan Hospital Diraja Gloucestershire di Gloucester, England.

Dia gagal mengeluarkan peluru meriam berukuran  57 milimeter itu.

Pesakit yang merupakan seorang pengumpul alatan tentera mendakwa bahawa peluru yang menembusi duburnya  adalah daripada senjata peribadi miliknya. 

Bahan letupan berusia 80 tahun itu tersekat di dalam duburnya selepas dia tersadung dan terjatuh.

“Lelaki itu berkata bahawa dia menemui peluru itu ketika mengemas barangannya sebelum meletakkannya di atas lantai.

“Dia bagaimanapun terjatuh di atasnya, lalu peluru itu menembusi duburnya,” kata seorang sumber perubatan sambil menambah, lelaki itu berada dalam kesakitan.

Sumber lain memberitahu, bahan tersebut merupakan ketulan logam lengai dan tidak mengancam nyawa sesiapa. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI