fbpx
Seorang lelaki tular selepas dilihat melamar kekasih hatinya dengan memberikan hadiah sebuah motosikal. - TikTok

Lelaki Pati lamar bakal isteri, beri hadiah motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Seorang lelaki dari Pati, Jawa Tengah menjadi tular di media sosial Indonesia selepas melamar calon isterinya dengan menyerahkan sebuah motosikal, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama @OptikPati.

“Lelaki berasal dari Pati itu mahu melamar seorang wanita dari Kota Magelang,” demikian kenyataan ditulis pada video tersebut.

Dalam video tersebut, dapat dilihat motosikal yang dibawa itu diangkut dengan menggunakan sebuah trak pikap.

“Sudah menjadi sesuatu yang wajib, lamaran paling minimum adalah dengan memberikan sebuah motosikal,” kata kenyataan itu lagi.

Selain motosikal, beberapa wanita pertengahan usia juga dilihat membawa bersama barangan keperluan rumah.

Video tersebut kemudian mendapat perhatian netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen dengan ada yang berharap agar boleh bertemu jodoh dengan orang Pati.

Malah, sebelum ini, seorang lagi lelaki dari Pati telah memberikan isterinya hantaran berupa sebuah trak.

“Mereka yang kerjayanya masih belum stabil dan mahu berkahwin pasti menangis apabila melihat ini,” komen seorang netizen.

“Ya, di sana (Pati), mereka amat menghargai bakal pengantin. Di sana, ia dianggap perkara biasa namun di kawasan lain ia dianggap mewah,” komen seorang netizen lain. – AGENSI 

POPULAR