fbpx

Kes jangkitan daripada Kluster Jalan Kuala Kangsar Gerik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak MRSM SAS memohon ibu bapa menyokong penuh pihak pengurusan dalam menangani bersama situasi ini.

IPOH – Seramai enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah (SAS) Kuala Kangsar disahkan positif Covid-19 melibatkan pelajar tingkatan lima.

Kesemua mereka merupakan jangkitan daripada Kluster Jalan Kuala Kangsar Gerik dilaporkan pada 29 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains dan Alam Sekitar negeri, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung kes yang dilaporkan.

“Saya mengambil maklum berkenaan laporan terdapat kes positif Covid-19 pelajar MRSM SAS Kuala Kangsar iaitu Kluster Jalan Kuala Kangsar Gerik dilaporkan sebelum ini.

“Saya ingin sarankan agar semua pihak sentiasa berwaspada dan memaksimumkan pematuhan kawalan kendiri awam” ujarnya dalam hantaran kepada Kosmo! di sini.

Ketika ini langkah kawalan dan tindakan selanjutnya telah dilakukan oleh petugas Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar.

Sehingga semalam, tiada kes baharu dilaporkan daripada Kluster Jalan Kuala Kangsar Gerik ini.

Media hari ini melaporkan, enam pelajar tingkatan 5 MRSM SAS Kuala Kangsar dilaporkan positif Covid-19 dan disahkan pengetuanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Adalah dimaklumkan terdapat kes Covid-19 positif dalam kalangan pelajar yang melibatkan enam pelajar Tingkatan 5.

“Pelajar Tingkatan 5 yang lain juga telah menjalani ujian saringan dan alhamdulillah semua negatif.

“Segala SOP sentiasa diperingatkan kepada semua pelajar agar dipatuhi,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI