fbpx

RON97 turun 3 sen, RON95 dan diesel kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan penurunan harga petrol RON97 sebanyak tiga sen dan mengekalkan harga RON95 serta diesel bermula 2 Disember sehingga 8 Disember ini.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi satu kenyataan berkata, harga runcit bagi petrol RON97 turun tiga sen seliter iaitu daripada RM3.05 kepada RM3.02 seliter.

“Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala diesel pula kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan membuat keputusan untuk mengekalkan harga runcit petrol dan diesel,” ujar kenyataan itu hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, pengekalan harga itu dibuat kerajaan walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI