fbpx

Lelaki belasah teman wanita enggan lakukan hubungan seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki dari pulau Bali didakwa membelasah kekasihnya dengan teruk selepas wanita itu enggan melakukan hubungan seks dengannya, lapor portal berita Coconuts semalam.

Menurut pihak berkuasa, mangsa mengalami kecederaan parah berikutan serangan yang dilakukan Sabtu lalu.

Mangsa dilaporkan mengalami lebam pada kedua-dua belah mata, luka pada kepala, benjolan di bahagian belakang kepala serta lebam pada badannya.

Polis berkata, suspek yang hanya dikenali sebagai H itu pada awalnya bertindak ganas selepas mangsa yang dikenali sebagai M enggan melakukan hubungan seks pada petang Sabtu.

“Suspek kemudiannya menyerangnya dengan memukul, memijak dan menghentak kepala mangsa ke dinding sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri sebelum melarikan diri,’’ kata Ketua Sub-Presint Denpasar Barat dalam satu kenyataan.

M telah ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh seorang rakannya yang datang melawat beberapa jam kemudian, sebelum dia dibawa ke sebuah hospital.

Suspek kemudiannya ditangkap di Pelabuhan Gilimanuk pada hari yang sama ketika cuba melarikan diri. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI