fbpx

Cukai pendapatan RM10.4 bilion masih tertunggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul.

PETALING JAYA – Nilai cukai pendapatan individu yang membabitkan lebih 1.03 juta pembayar berjumlah RM 10.4 bilion masih tertunggak sehingga 31 Disember 2020.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, manakala jumlah cukai pendapatan syarikat yang tertunggak bagi tempoh sama adalah sebanyak RM22.8 bilion yang membabitkan 160,048 syarikat.

“Tunggakan cukai pendapatan berkenaan ketika ini masih dalam proses pungutan yang dilakukan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketiuka menjawab soalan Chan Ming Kai (PH-Alor Setar) yang ingin tahu mengenai jumlah tunggakan cukai pendapatan individu dan syarikat yang belum dikutip LHDN dan pecahan mengikut banjaran pendapatan bercukai. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI