fbpx

Wanita bertudung dikecam pakai baju warna kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar wanita berkenaan dikecam hebat dengan ramai netizen menyifatkan pakaian tersebut sebagai tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung. - TikTok

JAKARTA – Seorang wanita berhijab di  Indonesia diselar netizen kerana memakai pakaian yang kelihatan seperti mendedahkan bahagian dada dan bahunya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi klip video yang tular di laman TikTok, wanita tersebut kelihatan mengenakan pakaian berwarna jingga lembut dengan tudung yang diikat di bahagian belakang.

Apa yang menjadi perhatian netizen adalah pakaian wanita itu membuatkannya kelihatan seperti mendedahkan bahagian dada dan bahunya meskipun dia memakai tudung.

Wanita itu dilaporkan sebenarnya memakai baju lapisan dalam yang mempunyai warna seperti warna kulit.

Gambar wanita berkenaan dikecam hebat dengan ramai netizen menyifatkan pakaian tersebut sebagai tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

“Ia kelihatan sama seperti kulit dan bukannya baju lapisan dalam,” komen seorang netizen.

“Pakaian seperti itu tetap dilarang kerana menyerupai warna kulit,” kata seorang lagi pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI