fbpx

Culas nafkah untuk isteri, anak-anak perbuatan tercela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (kanan) bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary (kiri) bersama para ilmuan dan aktivis masyarakat pada Sidang Meja Bulat, hari ini.

PUTRAJAYA – Bertindak ganas terhadap isteri dan anak-anak serta culas dalam menunaikan nafkah adalah perbuatan tercela oleh Allah SWT.

Itu jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad menerusi hantaran di laman Facebook, hari ini.

Menurutnya, meninggalkan pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak juga dianggap sebagai satu dosa berdalilkan sabda Nabi Muhammad SAW.

“Saya mengambil peluang untuk menegaskan dan mendokong pelaksanaan penguatkuasaan perintah Hiwalah ke atas bekas suami dan bapa yang culas dalam pemberian nafkah.

“Sekatan terhadap akaun bank perlu dilaksanakan sehinggalah bekas suami dan bapa penghutang menyelesaikan hutang nafkah mereka,” katanya.

Katanya, tindakan ini adalah bagi tujuan untuk membela kebajikan anak-anak dan golongan wanita disamping menyedarkan lelaki supaya lebih bertanggungjawab dengan keluarga sebagaimana ditetapkan syarak.

Idris berkata, 9,015 kes keganasan rumah tangga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah angka yang cukup meresahkan dan tidak boleh dipandang ringan.

Menurutnya, jika ini berlarutan, beliau melihat akan berlakunya kejatuhan institusi keluarga yang sepatutnya menjadi institusi paling ampuh untuk kemajuan sesebuah negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI