fbpx

‘Gadis tanah liat’ kini bergelar graduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Izzati Mohamad Azizi menunjukkan antara miniatur rekaannya ketika ditemui pemberita pada Majlis Konvokesyen USIM ke-19 di Nilai, Seremban

SEREMBAN – Pernah mendapat perhatian susulan kemahirannya membuat miniatur menggunakan tanah liat polimer, Nur Izzati Mohamad Azizi, 23, merupakan antara graduan yang menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke-19.

Turut dikenali dengan gelaran ‘gadis tanah liat’, Nur Izzati yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian (Fizik Gunaan) berkata, beliau mengakui sangat mencabar kerana perlu melalui sesi pembelajaran dalam talian akibat penularan Covid-19 pada tahun akhir pengajiannya.

“Walaupun bidang pengajian ini bukanlah saya idamkan kerana saya lebih meminati jurusan seni bina namun saya tidak berputus asa dan terus menghabiskan empat tahun pengajian.

“Pada tahun akhir memang agak sukar bagi saya dan rakan-rakan kerana pembelajaran dijalankan secara dalam talian, namun, Alhamdulillah saya kini telah menamatkan pengajian dan sudah mula bekerja dalam bidang amanah saham,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Nur Izzati sebelum ini mendapat perhatian apabila membuat pelbagai rekaan miniatur menggunakan tanah liat polimer termasuk replika mini bangunan Canselori USIM.

“Sebenarnya, pada peringkat awal saya banyak membuat miniatur berbentuk makanan dan figura karakter kartun dan kemudian berkongsi rekaan miniatur tersebut dalam Instagram.

“Saya tidak menyangka sama sekali hasil perkongsian berkenaan ramai yang berminat dan ingin menempah miniatur tersebut untuk dijadikan sebagai barang hiasan dan rantai kunci,” katanya yang merupakan anak keempat daripada lapan orang adik-beradik.

Nur Izzati menambah, walaupun kini dia sibuk dengan pekerjaan, rekaan seni miniatur tersebut masih lagi diteruskannya sebagai hobi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI