fbpx

Dua beradik cedera terlibat kemalangan tujuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta yang terlibat kemalangan di lokasi kejadian di Jalan Bukit Gambir, George Town di sini malam tadi.

GEORGE TOWN – Dua beradik mengalami cedera ringan apabila kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan tujuh buah kenderaan di Jalan Bukit Gambir di sini hari ini.

Mangsa wanita berusia 28 dan 30 tahun itu kemudiannya dibawa bagi mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang di sini oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 8.08 malam dan tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba, pihaknya mendapati hanya lima buah kereta di lokasi tersebut.

“Kejadian dilaporkan berlaku apabila sebuah kereta jenis BMW dikatakan hilang kawalan lalu masuk ke arah jalan yang bertentangan sebelum terbalik.

“Kejadian itu mengakibatkan enam buah kereta yang berada di lokasi berkenaan rosak akibat rempuhan tersebut sehingga menyebabkan dua wanita yang menaiki kereta Perodua Viva cedera ringan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, pemandu kereta BMW dikatakan tidak mengalami kecederaan dan operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada pukul 8.56 malam.

Sementara itu, kejadian kemalangan itu menyebabkan berlaku kesesakan di kedua-dua belah arah menuju ke pusat bandar dan Gelugor. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI