fbpx

Wanita bunuh, belah perut, curi bayi dalam rahim rakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Grime membunuh Mafra dan mengambil bayi dalam kandungan wanita itu. - Newsflash

BRASILIA, BRAZIL – Seorang wanita dari Brazil dijatuhkan hukuman penjara 57 tahun selepas didapati bersalah memukul rakannya yang hamil sehingga mati dengan menggunakan batu bata sebelum membelah perut dan mencuri bayi dalam kandungan wanita itu, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Tertuduh, Rozalba Maria Grime, 27, dalam kejadian pada 27 Ogos tahun lalu telah mengajak mangsa, Flavia Godinho Mafra, 24, ke sebuah kawasan tapak tembikar lama di bandar Canelinha.

Grime kemudiannya bertindak memukul mangsa beberapa kali pada bahagian kepala dengan menggunakan batu bata sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Dia kemudian menggunakan sebilah pisau untuk membelah perut mangsa dan mengeluarkan bayi dalam kandungannya sebelum menyembunyikan mayat wanita itu.

Selepas melakukan pembunuhan kejam tersebut, tertuduh pergi ke hospital bersama kekasihnya dan memaklumkan kepada jururawat di situ bahawa dia baru melahirkan seorang bayi.

Pihak hospital bagaimanapun mencurigai dakwaan tertuduh, lantas menghubungi polis.

Semasa perbicaraan yang berlangsung selama 15 jam, tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia telah merancang jenayah itu dan mengkaji mengenai cara-cara mengeluarkan bayi yang belum lahir dari rahim serta cara-cara memalsukan simptom kehamilan dan melahirkan anak.

Dia disabitkan dengan jenayah pembunuhan kejam, cubaan membunuh bayi, menyembunyikan mayat, menghalang keadilan, menculik kanak-kanak bawah umur dan menafikan hak bayi yang baru lahir. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI