fbpx

Perak tersenarai 5 negeri paling ramai penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Menurut laporan terkini Anggaran Penduduk Semasa, Malaysia 2021 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) populasi terkini negara telah mencecah seramai 32.7 juta penduduk.

Menurut pecahan, 30 juta penduduk Malaysia adalah warganegara manakala seramai 2.7 juta lagi adalah bukan warganegara.

Laporan tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 0.2 peratus daripada tahun sebelumnya iaitu seramai 32.6 juta walaupun negara dilanda pandemik global.

Selain itu, data yang dikumpul oleh iProperty.com.my daripada analisis lawatan dan penyenaraian hartanah aktif di laman web menunjukkan peningkatan permintaan hartanah daripada pengguna di negara ini.

Data tersebut mengira pertumbuhan jumlah penduduk di negeri-negeri membangun tertentu di Malaysia.

Terdapat beberapa faktor utama mengapa negeri-negeri tertentu di Malaysia mempunyai lebih ramai penduduk daripada yang lain.

Antaranya adalah pendidikan, peluang pekerjaan, tahap urbanisasi dan kualiti hidup adalah antara perkara yang mendorong migrasi dalaman di Malaysia.

Daripada maklumat yang dikumpul berdasarkan laporan DOSM, terdapat lima negeri yang paling ramai penduduk di Malaysia iaitu di tangga pertama adalah Selangor.

Selangor mempunyai 6.5 juta penduduk setakat ini dengan keluasan lebih 7,951 kilometer (km) persegi, Selangor adalah tempat yang sesuai untuk mereka yang sentiasa ingin maju ke hadapan.

Negeri kedua adalah Sabah dengan mempunyai 3.8 juta penduduk sementara tempat ketiga adalah negeri Johor dengan 3.7 juta penduduk tahun ini.

Sementara itu, dua lagi negeri yang masing-masing berada di tangga ke empat dan lima adalah Sarawak dengan jumlah penduduk 2.8 juta manakala Perak dengan 2.51 juta penduduk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI