fbpx

Hidap SLE tidak halang bergelar graduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR Izzati Elya Alfian ELYA (tengah) bersama ibunya, Rusmawati Mohd. Apandi dan bapanya, Alfian Kasrin selepas Majlis Konvokesyen USIM ke-19 di Nilai, Seremban hari ini.

SEREMBAN- Menghidap penyakit systemic lupus erythematosus (SLE) sehingga menjejaskan aktiviti seharian tidak menjadi penghalang buat Nur Izzati Elya Alfian, 23, mengenggam segulung ijazah.

Hari ini dia bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam Dengan Kepujian pada Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Ke-19 hari ini.

Nur Izzati Elya yang berasal dari Kampung Bukit Changgang, Banting, Selangor memberitahu, dia menghidap penyakit itu sejak tahun lalu.

“Sejak saya menghidap penyakit SLE, saya sering mengalami serangan jantung, sakit kulit dan kaki. Saya juga terpaksa menggunakan kerusi roda dan terpaksa tinggal di wad selama beberapa hari kerana sukar bernafas dan mengalami lemah badan.

“Pada waktu itu, rakan sekuliah banyak bantu saya menghantar bahan bacaan melalui WhatsApp dan emel.

“Penulisan tesis saya juga hampir tidak dapat disiapkan pada waktunya kerana jatuh sakit selama hampir tiga bulan. Alhamdullilah, walaupun berdepan kesukaran, saya berjaya graduasi pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Tuanku Canselor, USIM, Nilai di sini hari ini.

Katanya lagi, dia telah mendapat rawatan di Hospital Putrajaya dan kesan penyakitnya itu juga semakin berkurangan.

“Saya boleh menjalani kehidupan seperti biasa namun perlu mengambil ubat bagi mengubati SLE ini seumur hidup saya.

“Ada beberapa perkara yang saya tidak boleh lakukan seperti terdedah kepada terik matahari, angkat barangan berat dan mudah letih,” katanya yang sedang menjalani latihan di Akademi Daie Muda Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Sementara itu, Nur Ezzati Elya pernah mendapat perhatian sebelum ini berhubung pandangannya tentang
golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Kumpulan LGBT in terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu kumpulan mahu berubah dan yang memang tidak mahu berubah langsung.

“Bagi saya untuk kumpulan pertama itu, kita tidak boleh tinggal mereka dan perlu membantu mereka keluar, ” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI