fbpx

Emma ‘heret’ si comel Shariq ke set penggambaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EMMA bersama anak kesayangannya, Shariq Gabriel.

JIKA ditanya kepada setiap wanita bergelar ibu, sudah pasti mereka ingin melihat anak-anak yang dilahirkan membesar di depan mata sendiri.

Begitu juga halnya dengan Emma Maembong selepas dilihat kerap membawa putera kesayangannya ke set penggambaran.

Malah, Emma juga turut menerima soalan mengapa dia sering membawa Shariq Gabriel ke set penggambaran.

Jawab pelakon filem Frontliner itu, dia tidak mahu terlepas setiap perkembangan tumbesaran Shariq.

“Saya tidak mahu terlepas setiap pembesaran dia. Hal ini kerana setiap momen dia membesar sangat berharga, tak mahu menyesal hanya disebabkan sibuk bekerja,” katanya.

Semoga Shariq membesar dengan sihat dan bijak ya.

DIVA: Emma juga ada berkongsi video Sharnaaz Ahmad sangat penyayang dengan Shariq di set penggambaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI