fbpx

‘YouTuber’ tiru permainan Squid Game, tawar wang tunai RM1.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Donaldson membelanjakan £2.62 juta (RM14.82 juta) untuk menghasilkan set, video dan hadiah kepada pemenang. - YouTube

LONDON – Seorang penghasil kandungan di YouTube meniru cabaran dalam permainan drama siri popular Netflix, Squid Game, dengan peserta berpeluang memenangi hadiah lumayan berupa wang tunai berjumlah £342,000 (RM1.9 juta), lapor akhbar Daily Star semalam.

Mr. Beast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson yang mempunyai sejumlah 76.4 juta pengikut pada salurannya di YouTube mencipta lakonan semula daripada siri popular dari Korea Selatan itu.

Menurutnya, dia telah membelanjakan sebanyak £2.62 juta (RM14.82 juta) untuk menghasilkan set, video dan hadiah kepada pemenang.

Berbeza dengan siri sebenar di mana mereka yang gagal dalam cabaran akan dibunuh, Donaldson memberikan hadiah berupa wang tunai sebanyak £1,500 (RM8,482) bagi setiap peserta dan £7,495 (RM42,382) kepada naib juara.

Menurut Forbes, Mr. Beast merupakan bintang YouTube dengan bayaran kedua tertinggi pada 2020 dengan memperoleh pendapatan kira-kira £18 juta (RM101.79 juta) dan memperoleh kira-kira tiga bilion tontonan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI