fbpx

Promobot tawar ganjaran RM848,000 untuk guna wajah pada robot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Robot bersuara itu dicipta untuk berfungsi di hotel, pusat membeli-belah dan lapangan terbang menjelang 2023. - Promobot

BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah syarikat teknologi dari Amerika Syarikat dilaporkan sedang mencari seorang individu bagi menggunakan wajah mereka pada rekaan robot yang menyerupai manusia dengan menawarkan ganjaran sebanyak £150,000 (RM848,382), lapor akhbar Daily Star semalam.

Syarikat bernama Promobot itu dikatakan mencari seseorang yang berwajah ‘baik dan mesra’ untuk digunakan pada robot menyerupai manusia yang dihasilkannya dengan memberikan hak penggunaan ciri muka mereka.

Robot bersuara itu dicipta untuk berfungsi di hotel, pusat beli-belah dan lapangan terbang menjelang 2023.

“Robot berpenampilan baharu akan mula berfungsi pada 2023 dan individu yang terpilih akan menjadi ‘wajahnya’.

“Syarikat kami sedang membangunkan teknologi dalam bidang pengecaman wajah serta pertuturan, navigasi autonomi, kecerdasan buatan dan bidang robotik yang lain,’’ kata Promobot.

Tambah syarikat itu, sejak 2019, ia secara aktif mengeluarkan dan membekalkan robot menyerupai manusia ke pasaran. 

Sebelum ini, robot yang dicipta oleh syarikat berpangkalan di New York itu sudah digunakan di 43 buah negara merentasi pelbagai peranan termasuk penganjur, pemandu dan pekerja rencam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI