fbpx

Polis sakit gigi tewaskan perompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pergelutan yang terjadi antara polis dengan perompak terbabit.

PETALING JAYA- Hasrat seorang anggota polis mendapatkan rawatan gigi di sebuah klinik secara aman dan tenteram dilihat seakan tidak tercapai apabila dia perlu menewaskan sekumpulan perompak yang menceroboh premis berkenaan.

Menerusi satu rakaman video berdurasi 1 minit 14 saat, lelaki itu dilihat sedang mendapatkan rawatan gigi daripada seorang doktor wanita di dalam sebuah bilik sebelum diceroboh sekumpulan perompak.

Selepas dikepung perompak terbabit, lelaki itu dilihat berbaring di atas lantai sebelum bertindak bergelut dengan perompak berkenaan yang bersenjatakan sebilah pisau.

Bagaimanapun, tindakan pantas lelaki itu yang juga berkemungkinan seorang polis berjaya menyelamatkan keadaan apabila dia bertindak mengacukan pistol kepada perompak tersebut.

Kedua-dua perompak itu akhirnya menyerah kalah selepas mereka terbaring di atas lantai akibat pergelutan itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dimanakah kejadian itu berlaku namun ia dipercayai terjadi di luar negara.

Susulan tindakan lelaki itu, ramai netizen memuji keberanian dan ketangkasannya hingga berjaya menyelamatkan beberapa nyawa yang berada di klinik gigi itu.

“Bukan biasa-biasa, ini baru dipanggil polis,” kata ZLLHLMe.

“Harimau tengah baring kau kejutkan, mendapatlah kau,” kata Trex Awd.

“Manusia paling bahaya bila sakit gigi, padan muka,” seloroh Sulaiman Zakaria. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI