fbpx

Penumpang pesawat cemas diarah turun kerana akan meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penerbangan 2751 Azul Brazilian Airlines sepatutnya meninggalkan Cuiaba dan tiba di Sao Paulo pada 5.05 pagi, tetapi dibatalkan perlepasannya. - CEN

CUIABA, BRAZIL – Penumpang sebuah pesawat Azul Brazilian Airlines berdepan detik-detik mencemaskan apabila mereka diarahkan keluar dari badan pesawat serta-merta kerana dikhuatiri akan ‘meletup’, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pesawat jenis Airbus 320 dengan kod penerbangan 2751 tersebut ketika itu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Marechal Rondon di bandar Cuiaba. Ia berhenti secara tiba-tiba selepas dilaporkan mengalami kerosakan elektrik yang serius.

Anak kapal pesawat tersebut bergegas memberitahu penumpang untuk mengosongkannya secepat mungkin kerana dibimbangi akan ‘meletup’.

Salah seorang penumpang, Wenderson Campos memberitahu rangkaian berita tempatan G1 bahawa pesawat itu berhenti secara mengejut dan seorang pramugari bertindak menjerit meminta semua orang meninggalkan pesawat.

“Orang ramai mula menolak satu sama lain. 

“Setelah membawa bayi turun, saya kemudiannya mendapatkan isteri saya yang cedera akibat terjatuh. Seorang wanita lain patah kaki dan seorang wanita hamil mengalami pengalaman buruk,’’ katanya.

Beberapa penumpang kemudiannya ditawarkan penerbangan alternatif selain pasukan penyiasat melancarkan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Azul Brazilian Airlines berkata, perlepasan pesawat telah dibatalkan selepas juruterbang mengenal pasti terdapat kegagalan pada fungsi elektrik selain menekankan bahawa prosedur yang dijalankan adalah menurut protokol kecemasan bagi situasi seperti itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI