fbpx

Bayar hutang bekas kekasih guna duit syiling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mackay menerima duit syiling dalam dua buah kotak kasut daripada bekas teman lelakinya. - TikTok

LONDON – Seorang wanita terkejut apabila bekas kekasih yang berhutang dengannya bertindak membayar semula hutang tersebut dengan menggunakan wang syiling yang diletakkan di dalam dua buah kotak kasut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Annabelle Mackay mendedahkan perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya iaitu @annabellemackay.

Dalam video tersebut, Mackay dilihat mengunjungi sebuah mesin pengira wang untuk mengira kepingan duit syiling yang diterimanya.

“Apabila bekas teman lelaki anda yang menjengkelkan berhutang dengan anda,” demikian kenyataan dimuat naik bersama video tersebut.

Jumlah duit syiling yang diterima wanita itu adalah sebanyak £51.37 (RM290).

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya berkongsi pendapat di ruangan komen.

“Agak memalukan kerana mereka (bekas teman lelaki) terpaksa mencari syiling untuk dibayar kepada anda,” komen seorang netizen.

“Bekas teman lelaki anda adalah seorang genius,” komen seorang netizen lain. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI