fbpx

MRCB catat pendapatan RM590.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pendapatan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) turun sebanyak  34 peratus kepada RM590.3 juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM62.6 juta bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2021.

Bagi tempoh sama tahun 2020, Kumpulan mencatat kerugian sebelum cukai sebanyak RM190.4.

Pendapatan yang rendah itu adalah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang menyebabkan tapak pembinaan ditutup antara bulan Jun hingga Ogos tahun ini yang mana tempohnya lebih panjang berbanding tahun 2020.

Selain itu, ia turut terjejas dengan masalah utama dalam aspek rantaian pembekalan bahan mentah.

“Ini telah memberi kesan kepada progress yang telah sebelum ini turut tejejas dengan sekatan Covid-19 serta kekurangan tenaga kerja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

MRCB menjelaskan, Kumpulan mencatat pengurangan kerugian sebanyak 67 peratus adalah kerana peruntukan sebanyal RM197.4 juta daripada rosot nilai aset kontrak, perdagangan dan juga hutang yang belum diterima ekoran wabak daripada pandemik tahun 2020.

Sektor hartanah dan pelaburan mencatat penurunan sebanyak 29 peratus dalam pendapatan kepada RM345.9 juta dan pengurangan sebanyak 60 peratus dalam keuntungan kepada RM17.6 juta dalam tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2021, berbanding  masing-masing RM489.4 juta dan RM44.4 juta bagi tahun kewanngan sebelumnya pada tahun 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI