fbpx

MBI terima 57 kenderaan, jentera baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumaizi bersama pegawai-pegawai kanan MBI menyaksikan sebahagian daripada kenderaan dan jentera baharu yang diterima di pekarangan Bangunan MBI di Ipoh hari ini.

IPOH – Perkhidmatan perbandaran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dipertingkatkan menerusi penerimaan 57 buah kenderaan pelbagai jenis dan jentera yang ditelah dioperasikan secara berperingkat-peringkat.

Pembelian tersebut melibatkan perbelanjaan sebanyak RM12 juta menerusi pinjaman sewa beli dengan bank-bank tempatan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, pertambahan kenderaan dan jentera itu perlu berikutan pembangunan pesat di bandaraya Ipoh dengan kewujudan kawasan perumahan baharu dan pusat-pusat perniagaan.

Menurut beliau, faktor ini telah menyumbang kepada kepadatan penduduk dan keperluan untuk MBI mempertingkatkan kualiti perkhidmatan perbandaran kepada warga kota Ipoh.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak 39 unit kenderaan telah diterima manakala baki masih dalam proses perolehan yang dijangka akan selesai selewat-lewatnya pertengahan tahun 2022 nanti.

“Pembelian tersebut adalah untuk memastikan perkhidmatan perbandaran dapat dilaksanakan pada tahap yang optimum dan menjadikan Ipoh bersih, hijau dan maju,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan perolehan kenderaan operasi MBI di sini hari ini.

Antara kenderaan yang diperolehi ialah 23 lori terbuka seberat 11 tan bagi operasi pembersihan, jentolak, kenderaan skylift untuk menampung operasi potong pokok dan lori kru cab untuk kerja-kerja mengecat petak letak kereta.

Dalam pada itu kata Rumaizi, MBI juga telah mengambil 105 petugas baharu bagi operasi kutipan sampah seramai 60 orang, landskap (25) dan QRT (20).

“Proses pertambahan anggota seterusnya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

“Semoga usaha-usaha MBI ini akan menjadikan bandaraya ini terus ceria, bersih dan indah serta mencapai hasrat menjadikan Ipoh Bandaraya Terbersih di Malaysia pada tahun 2023,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI