fbpx

Lelaki kaya kahwini lapan wanita serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tular seorang lelaki kaya raya yang berkahwin dengan lapan orang wanita secara serentak. - Instagram

JAKARTA – Kisah seorang lelaki kaya raya yang berkahwin dengan lapan wanita secara  serentak menjadi tular di media sosial Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com.

Video pernikahan itu dimuat naik menerusi akaun Instagram @kebologan.kekinian semalam.

“Lelaki kaya ini berkahwin dengan lapan orang wanita,” demikian keterangan yang ditulis pada klip video tersebut.

Menerusi video itu, dapat dilihat pengantin lelaki itu sedang mengadakan sesi bergambar sambil diapit oleh kelapan-lapan isterinya. Lokasi pernikahan tersebut bagaimanapun tidak dapat dipastikan.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai komen berkenaan majlis pernikahan itu.

“Kasihan kepada mereka yang masih bujang, jodohnya sudah diambil orang,” komen seorang netizen.

“Mantap, isterinya lapan jadi mertuanya ada 16,” komen seorang netizen lain.

Video tersebut sehingga kini sudah menerima hampir 3,000 tanda suka dengan ratusan komen. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI