fbpx
Jerung ini masih berenang walaupun hampir separuh badannya telah dimakan. – The Sun

Jerung ‘zombie’ masih hidup selepas badan dimakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Seorang saintis terkejut mendapati seekor jerung yang dilepaskannya masih hidup dan bergerak walaupun hampir separuh badannya dimakan sekumpulan jerung pemangsa yang lain, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Dr. Mario Lebrato, 35, berkata, dia melepaskan jerung tersebut kira-kira 2 meter di bawah permukaan laut di Sepanyol. Jerung-jerung lain kemudian menyerang ikan itu sehingga menyebabkan isi pada badannya terlerai. 

Katanya, kumpulan pemangsa itu terdiri daripada beberapa ekor jerung lembu seberat 300 hingga 400 kilogram.

Lebrato memberitahu, jerung itu bertarung selama kira-kira 20 minit sebelum mengalami kecederaan parah. 

“Jerung memakan jerung lain adalah perkara yang sudah diketahui tetapi sangat sukar untuk difilemkan dan didokumenkan.

“Sebelum ini, beberapa gambar yang dirakam menunjukkan pertempuran berdarah antara dua jerung putih besar sehingga menimbulkan teori bahawa jerung memakan ­spesiesnya  sendiri sebagai sumber makanan.

“Ini bukan sekadar seekor jerung menyerang jerung lain. Ia juga melibatkan pertempuran antara jerung secara berkumpulan,” kata seorang pakar lain, Profesor Meekan dari Institut Sains Marin  Australia.

Kajian terdahulu juga me­nunjukkan bahawa ikan pemangsa itu memakan satu sama lain sejak lebih ribuan tahun dahulu.

Pemeriksaan najis fosil yang diambil daripada spesies orthacanthus iaitu jerung yang berenang di lautan sekitar 300 juta tahun lalu mendapati ia mengandungi fosil gigi anak  jerung. – Agensi

 

POPULAR