fbpx

7 kluster baharu dilaporkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Tujuh lagi kluster baharu dikenal pasti, menjadi antara penyumbang kepada 5,501 kes harian negara dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,614,480 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, 25 kes adalah jangkitan import dari luar negara.

“Sebanyak 78 kes (1.4 peratus) melibatkan kategori tiga, empat dan lima serta 5,423 kes (98.6 peratus) kategori satu dan dua.

“Pesakit sembuh mencatatkan sebanyak 6,664 kes hari ini dengan jumlah keseluruhan mereka yang sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,516,693 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, terdapat 519 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 267 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI