fbpx

26,000 unit kediaman pesisir Sungai Klang siap 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin

SHAH ALAM – Sebanyak 26,000 unit kediaman akan dibangunkan di pesisir Sungai Klang yang dijangka siap menjelang 2030.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, daripada jumlah itu sebanyak 50 peratus atau 13,000 unit adalah melibatkan pembangunan kediaman mampu milik.

“Konsep baru kediaman mampu milik akan diperkenalkan berkeluasan 83.6 meter persegi dengan 3+2 buah bilik serta empat bilik air lengkap dengan ciri ‘dual-key concept’.

“Pemilik kediaman boleh menyewakan sebahagian bilik yang tidak digunakan untuk menjana pendapatan tambahan. Ini secara tidak langsung dapat membantu rakyat kategori B40 dan M40 dalam mendepani kos sara hidup yang semakin mencabar di kawasan bandar,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022, hari ini.

Menurut beliau, seluas 242.8 hektar tanah kerajaan telah dikenalpasti di sepanjang 56 kilometer jajaran Sungai Klang yang akan dibangunkan dalam tempoh lapan hingga sepuluh tahun akan datang.

Tambah Amirudin, bagi tahun depan, Landasan Lumayan Sdn. Bhd melalui syarikat bersekutunya iaitu Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd akan melancarkan pembinaan 2,000 unit kediaman mampu milik dan 1,400 unit kediaman harga bebas dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM1 billion.

“Pembangunan lestari yang digarap melalui Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) tidak hanya menumpukan aspek ekonomi dan alam sekitar, sebaliknya menitikberatkan faktor kebolehidupan dan keselesaan rakyat terutamanya kategori B40 dan M40,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI