fbpx

Sektor pembinaan Selangor dibenar operasi Isnin hingga Sabtu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sektor pembinaan di Selangor dibenarkan beroperasi sepenuhnya pada Isnin hingga Sabtu berkuat kuasa awal bulan ini.

Kebenaran pelaksanaan kerja sektor itu diselaraskan bermula antara pukul 8 pagi hingga 6 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam negeri, Ng Sze Han berkata, ketetapan itu memudahkan proses kerja pembinaan selaras pembukaan pelbagai sektor ekonomi di Selangor yang memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kita memahami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa sejak tahun lalu memberi kesan kepada pengoperasian sektor pembinaan sehingga menyebabkan kerja lewat siap.

“Justeru, kerajaan negeri bersetuju untuk menyelaraskan waktu operasi sektor pembinaan di negeri ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihaknya bagaimanapun mengingatkan bahawa kerja pembinaan di luar waktu yang dibenarkan perlu mendapat kelulusan khas daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tambah Sze Han, pemaju atau kontraktor turut diminta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan undang-undang yang  ditetapkan demi kepentingan semua pihak.

Pada 13 Oktober lalu, Kerajaan Persekutuan mengumumkan semua operasi dalam sektor pembinaan tidak lagi memerlukan surat kebenaran melalui Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) 3.0 susulan kebenaran merentas negeri. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI