fbpx

Korea Utara hukum mati pelajar seludup masuk drama Squid Game

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salinan siri Squid Game diseludup masuk menggunakan peranti elektronik. – Netflix

PYONGYANG – Seorang pelajar Korea Utara dihukum mati oleh skuad penembak selepas ditangkap menyeludup salinan digital siri drama Netflix popular Korea Selatan, Squid Game, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Menurut laporan perkhidmatan berita Radio Free Asia (RFA), pelajar lelaki tersebut dipercayai menyeludup masuk salinan siri tersebut dari China menerusi pemacu USB.

Dia ditangkap selepas pegawai Korea Utara mendapat maklumat daripada sumber yang menyatakan bahawa pelajar tersebut menjual salinan-salinan siri itu kepada beberapa individu lain.

Dia dihukum bunuh, manakala pelajar lain yang membeli pemacu salinan dilaporkan dipenjara seumur hidup, serta enam lagi yang menonton siri tersebut diarah menjalani hukuman melakukan kerja buruh selama lima tahun.

Sementara itu, beberapa guru dan pentadbir sekolah yang terlibat turut dipecat dan dihantar bekerja di lombong arang batu atau dibuang daerah ke kawasan-kawasan terpencil di Korea Utara.

Tangkapan terbaharu itu merupakan yang pertama kali pemerintah Korea Utara melaksanakan undang-undang ‘Penghapusan Pemikiran dan Budaya Reaksioner’ dalam kes yang melibatkan remaja bawah umur.

Di bawah undang-undang tersebut, mana-mana individu yang didapati menonton, menyimpan atau mengedarkan bahan media dari negara-negara kapitalis terutamanya Korea Selatan dan Amerika Syarikat akan dihukum bunuh.

Minggu lepas, terdapat laporan yang menyebut bahawa beberapa salinan siri Squid Game telah diedarkan di beberapa kawasan di Korea Utara selepas diseludup masuk menggunakan peranti elektronik.

“Squid Game dibawa masuk ke negara ini menerusi peranti penyimpanan memori seperti pemacu kilat USB dan kad SD yang diseludup menerusi kapal,” kata seorang penduduk bandar Pyongsong kepada RFA.

Tambah sumber tersebut, penduduk Korea Utara menonton siri paling popular di Netflix itu secara rahsia di bawah selimut pada waktu malam menggunakan pemain media mudah alih. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI