fbpx

Fesyen ‘berbungkus’ Che Ta persis Kim K ‘Muslimah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN Che Ta selaku 'muse' pereka fesyen, Ezuwan Ismail pada Kuala Lumpur Fashion Awards semalam, mencuri perhatian ramai.

PETALING JAYA – Kehadiran Rozita Che Wan atau Che Ta berselubungm, bahkan berbungkus seluruh muka dan kepala dengan kain net bertatahkan berlian dengan gaun berhias taburan 5,000 butiran ‘chunky bead’ memancing tumpuan di Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA), petang semalam.

Pelakon yang menjadi ‘muse’ untuk persalinan berharga sekitar RM50,000 sentuhan pereka fesyen terkemuka, Ezuwan Ismail yang turut mengenakan persalinan senada.

Menyaksikan kemunculan yang disifatkan persis jelmaan Kim Kardashian ‘Muslimah’ pada malam Met Gala 2021, September lalu, keberanian Che Ta berpenampilan sedemikian menyerlahkan lagi gaya dan aura mahalnya.

Seperti diucapkan ibu kepada tiga cahaya mata itu, rekaan penutup wajah berjaring net itu memang unik namun kena dengan situasi semasa dalam menghindari penularan Covid-19.

“Kami (saya dan Ezuwan) memang berkawan baik malah saya rasa permintaannya untuk berfesyen sebegini bukan selalu tambahan pula mempunyai kelainan.

“Pelitup muka pula menggunakan kain jaring lembut atau ‘net’ yang berlubang-lubang, sekali gus tidak membuatkan saya berasa sesak nafas,” katanya yang yang kekal dengan busana berbungkus tersebut dari awal sehingga tamatnya majlis.

Paling menarik biarpun wajahnya tidak terlihat oleh sesiapa, Che Ta tetap bersolek cantik seperti biasa. Cuma kali ini, dia tidak perlu terlau kerap melihat telefon bimbit bagi memastikan wajahnya sentiasa kelihatan sempurna.

Apa yang melucukan, ada kalangan netizen cuba menyiasat, adakah Che Ta masih mengenakan bulu mata tebal yang sinonim dengan penampilannya biarpun tidak menampakkan wajah buat khalayak. Hakikatnya, Che Ta perlu menanggalkan bulu mata palsu untuk memakai busana berselubung tersebut.

“Saya tak lemas pun bernafas macam biasa, kalau pegang memang rasa berat. Untuk malam ini (semalam), saya rasa lebih elegan dan ‘oustanding’ (paling menyerlah),” kata Che Ta.

Selain komen-komen nakal, macam hantu pocong, dunia akhir zaman dan kecaman kononnya fesyen Malaysia terlalu terikut-ikut fesyen Barat, terdapat juga netizen yang memetik nama Diva AA yang sebelum ini terkait kes saman berhubung satu kecaman terhadap busana Che Ta.

“Mesti Azwan Ali tengah panas ni hahahaha,” tulis seorang netizen.

Gaun eksklusif tersebut memakan masa selama sebulan untuk disiapkan kerana serba-serbi menggunakan jahitan tangan. Sarung tangan dan pelitup muka berona senada yang turut menggunakan ‘net’ bertatah berlian berwarna perak

Sementara itu, Ezuwan yang.memakai sut berharga RM40,000 menegaskan ilham untuk gaya berkenaan bukan dibayangi sesiapa sebaliknya diinpirasikan daripada musim pandemik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI