fbpx

Munawwareen perkenal fesyen Islamik untuk tahun 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliza (memegang jambangan bunga) bersama artis dan model pada majlis pelancaran fesyen terbaharu Munawwareen di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Munawwareen Holdings Sdn. Bhd. (Munawwareen) memperkenalkan fesyen muslimah di bawah jenama Munawwareen yang akan diperkenalkan secara berperingkat mulai bulan ini hingga Mac tahun depan.

Bertemakan Sempurnakan Hijrah Cinta, Pengarah Urusan syarikat, Datin Aliza Abu Bakar mengetengahkan 21 rekaan yang meliputi fesyen pakaian wanita, segmen untuk lelaki dan kelengkapan untuk bersolat.

“Kami meraikan perjalanan baharu dalam fasa peralihan endemik ini dengan menganjurkan pertunjukan fesyen kepada semua.

“Walaupun telah dua tahun beroperasi dan pandemik telah menjejaskan perniagaan maka banyak perkara terpaksa ditangguhkan, selepas membuat penstrukturan semula, ini adalah waktu terbaik untuk melaksanakan kembali perancangan yang telah dibuat sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran koleksi terbaharu fesyen pakaian di sini baru-baru ini.

 

Aliza menjelaskan, pakaian muslimah Munawwareen yang menggunakan fabrik berkualiti menawarkan jubah dan abaya, dress eksklusif, koleksi tudung serta pakaian kelengkapan solat manakala untuk lelaki ditawarkan jubah dan kurta.

Koleksi tudung juga diserikan dengan aksesori pin dan kerongsang serta butang baju Melayu berasaskan kristal tulen Austria tajaan Wirdora.

“Terdapat banyak pa­kaian muslimah yang dipasarkan tetapi konsep muslimah sejati tidak sepenuhnya dipraktikkan, sehubungan itu, kami mahu dikenali sebagai identiti fesyen Islamik yang berjaya mengikut landasan syariah,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI