fbpx

[VIDEO] Nyaris maut dilanggar treler ketika isi angin tayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV memaparkan seorang penunggang motosikal yang dilanggar treler di sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman, dekat sini hari ini.

KLANG – Seorang lelaki nyaris maut apabila dilanggar sebuah treler ketika sedang mengisi angin tayar motosikalnya di sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi, mangsa yang berusia 29 tahun berasal dari Grik, Perak itu mengalami luka di tangan serta sakit di bahagian kaki dan badan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika treler dipandu wanita berusia 35 tahun sedang membuat pusingan U di dalam kawasan stesen minyak berkenaan.

Katanya, mangsa yang sedang mengisi angin tayar motosikalnya jenis Honda RS150 kemudian dilanggar treler tersebut.

“Akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal itu telah tertolak ke kiri dan hampir tergilis.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati pemandu wanita itu mempunyai lesen E bagi membawa jentera berat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihaknya telah menerima laporan daripada pemandu treler tersebut manakala belum lagi daripada mangsa yang masih dirawat di sebuah hospital swasta.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI