fbpx

Ketepikan fahaman politik jadi agenda lawan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) ketika mempengerusikan MBKM Ke-137, semalam.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua pihak untuk mengenepikan latar belakang serta fahaman politik demi membawa negara keluar daripada kemelut Covid-19 serta memulihkan ekonomi.

Perkara tersebut disuarakan beliau ketika mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-137 semalam setelah lebih setahun tidak bersidang akibat pandemik Covid-19.

Kali terakhir MBKM bersidang adalah pada 17 Mac tahun lalu.

Bagi tujuan merancakkan semula aktiviti ekonomi, beliau turut mengajak semua kerajaan negeri agar menyegerakan pelaksanaan projek-projek berkaitan ekonomi dan perniagaan.

“Antara perkara yang perlu ditangani dan ditambah baik ialah kelewatan proses kelulusan berkaitan tanah dan lesen perniagaan di peringkat kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

“Semua kerajaan negeri juga perlu meningkatkan sistem dan proses penyampaian dengan mengurangkan kerenah birokrasi menerusi inisiatif pendigitalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, turut dibincangkan adalah usaha bersama kerajaan pusat dan negeri untuk merealisasi Agenda Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Negara termasuk memulih kemusnahan hutan dan degradasi tanah menjelang tahun 2030.

Bagi mencapai matlamat tersebut, katanya, kerajaan sedang mempertimbangkan pemberian insentif kepada kerajaan-kerajaan negeri untuk melaksanakan program dan projek bagi menjamin kelestarian biodiversiti.

“Pemberian berbentuk pampasan tersebut merupakan inisiatif untuk menggalakkan kerajaan-kerajaan negeri meningkatkan penjagaan serta pemuliharaan hutan termasuk mengawal aktiviti pembalakan dan mewartakan kawasan tadahan air.

“Kerajaan juga telah memutuskan supaya produk-produk plastik seperti botol plastik, straw dan sebagainya tidak lagi digunakan dalam mesyuarat-mesyuarat rasmi kerajaan dan inisiatif ini diharap dapat dilaksanakan di peringkat kerajaankerajaan negeri,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, bagi tujuan penyelarasan inisiatif digital di peringkat negeri dan persekutuan, kerajaan akan menubuhkan Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negeri (MED4IR Negeri). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI