fbpx

Bank di Britain laksana sistem bekerja 4 hari seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mullen memberitahu bahawa bekerja lima hari seminggu tidak lagi sesuai. – Jason Alden/ Bloomerg/ Getty

LONDON – Sebuah bank di Britain melaksanakan peraturan bekerja empat hari seminggu tanpa menolak gaji para pekerjanya, sekali gus mendakwa bahawa ia merupakan syarikat terbesar di negara itu yang mengambil langkah sedemikian, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Bank Atom pada semalam turut mengumumkan jumlah jam bekerja setiap minggu bagi 430 kakitangannya diturunkan daripada 37.5 jam kepada 34 jam seminggu dengan jangkaan hampir kesemua mereka akan mengambil cuti pada Isnin atau Jumaat. 

Perubahan itu bagaimanapun adalah secara sukarela.

Dasar itu berkuat kuasa pada 1 November lepas dan diperkenalkan untuk menyokong ‘kesejahteraan mental dan fizikal’ pekerja, selain meningkatkan produktiviti, kata syarikat itu. Majoriti pekerja dilaporkan telah beralih kepada sistem kiraan bekerja yang baru. 

‘’Bekerja empat hari seminggu memberi lebih banyak peluang kepada pekerja untuk mengejar minat, meluangkan masa bersama keluarga dan membina keseimbangan kerja dengan kehidupan yang lebih sihat,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif Atom, Mark Mullen dalam satu kenyataan.

Mullen menambah, setakat ini beliau tidak melihat penurunan produktiviti atau tahap perkhidmatan pelanggan, tetapi ia ‘akan mengambil masa untuk orang ramai menyesuaikan diri’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI