fbpx

Rusia hasilkan wangian aroma jet pejuang Su-75

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rostec mengahsilkan haruman krim selepas bercukur aroma bahagian dalam jet pejuang Rusia.-Rostec Corporation

MOSCOW – Rusia telah menghasilkan sejenis losen selepas bercukur yang memliki bau seperti kokpit jet pejuang terbaharu milik negara itu, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Rostec iaitu firma pertahanan Rusia yang diasaskan oleh Presiden Vladimir telah bekerjasama dengan Persatuan Pembuat Minyak Wangi Rusia untuk mengeluarkan losen selepas bercukur tersebut yang dinamakan Checkmate.

Semburan itu mempunyai bau seperti besi, kulit dan gelas dan dihasilkan untuk berbau seperti bahagian dalam kokpit jet pejuang Rusia.

Losen selepas bercukur itu telah dilancarkan untuk mempromosikan pesawat perang Sukhoi Su-75 ‘Checkmate’ generasi kelima yang baharu.

Pesawat pejuang taktikal enjin tunggal yang ringan itu dilaporkan boleh terbang pada kelajuan 1.8 kali ganda kelajuan bunyi. Sukhoi Su-75 boleh terbang sejauh  3,000 kilometer dan membawa muatan 7,400 kilogram.

“Wangian  Checkmate  dihasilkan di Rusia dengan aroma gelas, kulit asli dan besi yang digunakan dalam membuat  enjin dan kokpit pesawat,” kata seorang jurucakap Rostec.

Botol wangian  Checkmate edisi terhad itu telah diperkatakan di Pertunjukan Udara Dubai, Emiriyah Arab Bersatu minggu ini di mana prototaip jet itu turut dipamerkan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI