fbpx

Penukaran Pesuruhjaya Pas Melaka licinkan pengurusan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasrudin Hassan

Oleh FAIZUL GHAZI

PUTRAJAYA – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegaskan tindakan Pas menukar Pesuruhjaya Pas Melaka adalah amalan biasa bagi melicinkan pengurusan parti.

Beliau sekali gus menafikan tindakan PAS menggugurkan Datuk Kamarudin Sidek sebagai Pesuruhjaya Pas Melaka tiada kena mengena dengan kekalahan semua lapan calon mewakili parti berkenaan dalam Pilihan Raya Negeri Melaka pada Sabtu lalu.

“Saya rasa itu (pengguguran nama Kamarudin sebagai Pesuruhjaya Pas) adalah hanya prosedur pentadbiran biasa, di mana menukar pesuruhjaya (negeri) ini adalah satu urusan parti untuk melancarkan gerak kerja parti.

“Tidak ada sebarang komplikasi apa-apa,” katanya yang juga Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ketika ditemui pemberita sempena pelancaran program anti rasuah anjuran Yadim di sini hari ini.

Nasrudin berkata demikian diminta mengulas laporan media mengenai tindakan Pas menamakan Ketua Dewan Ulama Pas Melaka, Zulkifli Ismail sebagai Pesuruhjaya Pas Melaka baharu menggantikan Kamarudin.

Keputusan itu dibuat kira-kira 48 jam selepas Pas yang menyertai Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kalah teruk apabila gagal memenangi sebarang kerusi daripada lapan calonnya.

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan, mengesahkan hanya Kamarudin seorang digugurkan daripada memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Melaka bagi sesi 2021-2023.- K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI