fbpx

Mangsa banjir disediakan khidmat kaunseling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan khidmat kaunseling kepada penduduk yang terlibat dengan banjir berlumpur di sekitar Hulu Langat semalam.

Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, kementerian melalui Lembaga Kaunselor Malaysia bersedia membantu mangsa-mangsa banjir yang memerlukan kaunseling dan sokongan dalam usaha menstabil dan memulihkan emosi mangsa.

“Di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ini, kita tempatkan dua orang kaunselor dan sekiranya ada keperluan, kita boleh hantar lebih.

“Setakat ini, sudah ada mangsa yang terkesan dan terkejut dengan bencana ini sudah merujuk pakar kaunseling yang ditempatkan di PPS. Jadi, kita minta jika ada yang memerlukan sokongan jangan malu untuk rujuk kaunselor,” katanya kepada pemberita semasa melawat mangsa banjir di PPS Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Lembah Permai di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar penduduk yang belum berpindah ke PPS untuk segera melaporkan diri di PPS supaya keselamatan penduduk dapat dipantau.

“Saya difahamkan masih ramai yang belum berpindah yang mungkin mereka sedang mencuci rumah dan sebagainya, kebimbangan saya akan berlaku hujan lagi dan bimbang apa-apa berlaku.

“Jadi, datanglah berpindah di tempat yang disediakan oleh kerajaan. InsyaAllah mudah untuk kita membuat pemantauan dan memastikan keperluan mereka terjaga. Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, sedang mengkaji dan meneliti apa-apa keperluan yang boleh dibantu oleh kerajaan,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI