fbpx

[VIDEO] Kedai alat ganti kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran di sebuah kedai alat ganti kereta berlaku di Jalan Kuching petang tadi. - FOTO IHSAN DBKL

KUALA LUMPUR – Satu kebakaran melibatkan sebuah kedai alat ganti kenderaan dipercayai telah berlaku di Jalan Kuching, di sini petang tadi.

Beberapa gambar serta video kejadian kebakaran itu juga tular di media sosial.

Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 6 petang tadi.

Pihak Bomba mengesahkan kejadian tersebut dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat.  Sebarang maklumat berkaitan kebakaran itu akan dimaklumkan kemudian.

Sementara itu, Pusat Pengurusan Pengangkutan (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi laman Twitternya memaklumkan kebakaran yang berlaku berhampiran susur Lebuh Raya Duke menghala ke Selayang itu menyebabkan trafik bergerak perlahan.

Menurut ciapan itu, kerja-kerja memadam api sedang dilakukan pihak bomba.

“Keadaan trafik sesak dari Jalan Loke Yew sehingga ke lokasi di Jalan Kuching, susur Duke,” ciapnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI