fbpx

JPJ laksana Ops Sedar mulai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Ops Sedar di seluruh negara bermula esok bagi memantau pemilik kenderaan yang masih gagal memiliki perlindungan insuran kenderaan motor.

JPJ menerusi satu kenyataan berkata, tindakan pemantauan dan penguatkuasaan termasuk sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan selepas mendapati masih ramai yang gagal memiliki perlindungan insuran kenderaan motor.

“Menerusi pemerhatian yang dijalankan, kami mendapati masih ramai pengguna jalan raya gagal memiliki perlindungan insuran kenderaan motor pada kenderaan yang digunakan oleh mereka di atas jalan raya.

“Pada amnya, pengguna jalan raya yang tidak memiliki pelindungan insuran, akan menimbulkan kesulitan kepada pemilik kenderaan itu sendiri sekiranya berlaku sebarang bentuk kemalangan semasa menggunakan kenderaan masing-masing di jalan raya,” katanya hari ini.

Katanya, pihak jabatan juga ingin menyarankan supaya semua pengguna jalan raya mengambil inisiatif untuk tidak menunggu saat akhir bagi memperbaharui Cukai Jalan (LKM) dan Lesen Memandu (LMM) mereka.

Jelasnya, ketika Ops Sedar itu, JPJ juga akan juga menyediakan kemudahan Mobile JPJ, untuk tujuan pembaharuan LKM dan LMM secara terus.

Selain itu, katanya, JPJ tidak menerima sebarang arahan bagi tujuan kelonggaran penangguhan bayaran pembaharuan kedua-dua dokumen (LKM dan LMM) tersebut.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN