fbpx

Bunuh kerani, pembantu pegawai perubatan kekal bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zurailie (kanan) yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan atas pertuduhan membunuh seorang kerani sekolah enam tahun lalu.

PUTRAJAYA – Seorang pembantu pegawai perubatan menarik nafas lega apabila dia kekal lepas dan bebas buat kali ketiga daripada pertuduhan membunuh seorang wanita yang juga kerani sekolah agama, enam tahun lalu oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama hakim Puan Seri Zaleha Yusof dan Datuk Harminder Singh Dhaliwal yang menolak rayuan pihak pendakwaan selaku perayu.

Dalam penghakimannya, hakim Tengku Maimun berkata, tiada sebarang kekhilafan berlaku ketika mahkamah terdahulu melepas dan membebaskan Zurailie Muhamad, 36, daripada tuduhan membunuh seorang kerani Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, di akhir kes pendakwaan.

“Kami mendapati tiada sebaran kekhilafan oleh Hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Oleh itu, rayuan pendakwa ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dikekalkan,” kata hakim itu.

Mengikut pertuduhan, Zurailie didakwa membunuh Nurul Shahira antara pukul 2.05 hingga 2.30 petang pada 16 November 2015 di sebuah rumah di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, Muar, Johor.

Pada 28 Januari 2018, Mahkamah Tinggi Johor Bahru melepas dan membebaskan Zurailie tanpa memanggil lelaki itu membela diri. Keputusan itu kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 6 November 2019.

Terdahulu, ketika hujah rayuan, Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd. Salleh berkata walaupun tiada kesan asid asid deoksiribonukleik (DNA) responden ditemui pada mangsa, namun mahkamah terdahulu terkhilaf apabila gagal mengambil kira bukti-bukti mengikut keadaan (circumstancial evidance).

Selain itu, terdapat keterangan saksi yang menyatakan Zurailie telah menjual barang kemas mangsa termasuk seutas rantai dan cincin belah rotan dengan harga RM1,000.

Pendakwaaan turut menyatakan tindakan Zurailie berkali-kali `memujuk’ suami mangsa agar tidak membenarkan bedah siasat dilakukan ke atas mayat Nurul Shahira dan kesanggupannya memanjat pagar lokap dan melarikan diri juga menimbulkan keraguan.

Sementara itu, peguam Nahdan Rengganathan Abdullah yang mewakili Zurailie menyatakan, laporan forensik hanya menunjukkan kehadiran kesan DNA suami mangsa.

“Tiada sebarang laporan yang menunjukkan kehadiran DNA responden pada tubuh atau pakaian mangsa. DNA daripada air mani juga tidak berpadanan dengan responden sebaliknya berpadanan dengan DNA suami mangsa,” katanya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN