fbpx

Peluang wakaf unit amanah untuk manfaat ummah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria memberikan ucapan pembukaan di majlis pelancaran Wakaf ASNB baru-baru ini.

PETALING JAYA – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melancarkan perkhidmatan baharu, iaitu Wakaf ASNB yang membuka peluang kepada pelabur untuk melaksanakan amal kebajikan menerusi dana unit amanah ASNB mereka.

Menerusi kemudahan tersebut, unit amanah yang diwakafkan oleh pelabur akan dikekalkan sebagai pelaburan pokok bagi menjana pulangan tahunan.

Pulangan daripada pelaburan pokok tersebut kemudiannya akan disalurkan kepada projek-projek berkepentingan awam pada setiap tahun dan ianya berterusan walaupun setelah pelabur meninggal dunia.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tun Arifin Zakaria berkata, ASNB adalah syarikat pengurusan unit amanah yang pertama dilantik sebagai mutawalli (nazir wakaf) oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

“Dengan pelantikan ini, ASNB memikul amanah untuk menguruskan dana wakaf ini sepenuhnya dengan tahap tadbir urus yang tinggi dan profesional untuk kepentingan ummah dan masyarakat.

Antara program menarik di MSD 2021 hari ini adalah berkaitan wakaf.

“Pulangan pelaburan yang dijana daripada dana wakaf akan disalurkan ke projek-projek wakaf dalam sektor kesihatan, pendidikan, pembangunan komuniti dan misi kemanusiaan.

“Penelitian projek yang sesuai perlu melalui proses penilaian dan pemilihan secara kolektif oleh Jawatankuasa Pengagihan Wakaf Bersama ASNB-MAIWP,” katanya dalam satu kenyataan.

Jawatankuasa tersebut, yang terdiri daripada pentadbir aset wakaf iaitu ASNB Wakalah Sdn. Bhd. (AWSB), MAIWP dan ahli bebas berperanan sebagai penasihat bagi urusan berkaitan isu-isu hukum seperti kepatuhan syariah, polisi, program dan urus tadbir dana wakaf.

Sementara itu, Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, pihaknya menyokong usaha memperkasakan industri wakaf di Malaysia dengan menawarkan Wakaf ASNB sebagai satu inovasi baharu kepada rakyat.

“Sepanjang Minggu Saham Digital (MSD) 2021, PNB menawarkan pelbagai program berkaitan pelaburan dan perancangan kewangan termasuklah pengurusan kewangan Islam seperti perancangan harta pusaka melalui Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah, zakat dan wakaf,” tambahnya.

MSD 2021 kini bersiaran secara langsung melalui platform Facebook dan Youtube antara pukul 12.30 tengah hari dan 10 malam sehingga esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI