fbpx

Lebih RM80 bilion keuntungan Petronas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Penetapan pembayaran dividen Petronas kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM25 bilion pada tahun ini adalah bergantung kepada keuntungan yang diperoleh syarikat petroleum negara tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pada peringkat awal Petronas menetapkan pemberian dividen kepada kerajaan berjumlah RM18 bilion pada 2021 sebelum menambah lagi RM7 bilion menjadikan jumlah keseluruhan dividen menjadi RM25 bilion dividen dibayar pada tahun ini.

“Keputusan kenaikan kadar dividen kepada Kerajaan Persekutuan berkenaan mempunyai kaitan dengan keuntungan Petronas pada separuh tahun ini yang mencecah lebih RM80 bilion.

“Mana-mana syarikat akan memberikan dividen berdasarkan keuntungan tahunan, begitu juga Petronas yang mempunyai kaitan dengan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia yang meningkat kepada lebih AS$69 setong bermula Januari lalu.

“Kita tidak pasti apa berlaku pada masa depan, namun jika harga harga minyak mentah di pasaran global terus meningkat maka ia akan memberikan kesan baik bukan hanya kepada Petronas, malah negara dan syarikat minyak dan gas di seluruh dunia,” katanya di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Che Abdullah Mat Nawi (Tumpat-Pas) yang ingin tahu sama ada pemberi dividen sebanyak RM25 bilion kepada Kerajaan Persekutuan tahun ini akan menjejaskan prestasi dan operasi Petronas.

Mustapa berkata pemberian dividen berkenaan sudah melalui proses tertentu termasuk kelulusan pengurusan dan diperakui sendiri oleh Ahli Lembaga Pengarah Petronas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI