fbpx

Cuaca buruk di beberapa negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Perak, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, cuaca buruk bagi negeri yang terlibat dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam ini.

“Di Perak, kawasan yang terlibat adalah Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Mualim.

“Di Pahang pula, kawasan yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Rompin,” katanya kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kawasan yang dijangka dilanda ribut petir di Selangor adalah di Hulu Selangor manakala di Johor pula, kawasan terlibat adalah di Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Keadaan cuaca buruk juga diramalkan berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching),” ujar kenyataan itu -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI