fbpx

Berani bakar diri, Beto Kusyairy raih pujian ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BETO menegaskan tindakannya melakonkan aksi membakar diri itu merupakan kehendak sendiri dan bukan penanada aras untuk bergelar pelakon hebat.

PETALING JAYA – “Ini bukan penanda aras.”

Itu antara respons aktor popular, Beto Kusyairy selepas video memaparkan aksinya melakukan aksi lagak ngeri dengan membakar diri tular dalam media sosial semalam.

Kata Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan Osman, 41, dia melakukan aksi mendebarkan tersebut atas kehendak sendiri walaupun pelakon tambahan untuk lagak ngeri sudah disediakan pihak produksi.

“Penerbit sudah menyediakan inividu yang memang pakar dalam hal ini iaitu sekumpulan pelakon aksi lagak ngeri profesional untuk melakonkan watak saya.

“Tetapi saya meminta untuk melakukannya sendiri, kenapa? Adalah sebabnya,” katanya tanpa mendedahkan tindakan memberanikan dibakar hidup-hidup untuk sebuah adegan dalam drama bertajuk Halimun.

Aktor yang turut terkenal menerusi filem Istanbul Aku Datang itu bagaimanapun enggan menjadikan aksi bakar diri penanda aras untuk diiktiraf sebagai pelakon hebat.

Katanya, sebelum melakukan aksi tersebut, dia juga sudah membuat persediaan dengan mempelajari ilmu dan teknik yang betul sebelum membakar diri sendiri.

“Aksi ini bukan bermakna seorang pelakon memang kena lakukan babak-babak berisiko tinggi sebegini sendiri untuk diangkat menjadi aktor yang baik atau kononnya ‘pelakon sebenar’.

“Aku ulang, ini bukan penanda aras dan tak perlu.

“Aku buat permintaan ini bukan buta kosong sahaja. Perlu belajar ilmu dan fahami teknik untuk lakukan aksi begitu, kena ada pengawasan dan penyeliaan ketat oleh mereka yang pakar.

“Selain itu, saya juga perlu lulus ujian daripada mereka yang pakar dan paling penting keyakinan terhadap kemampuan diri, bukannya berani bodoh. Selainnya ialah doa, fokus dan ketenangan,” jelasnya.

Menjengah dalam ruangan komen hantaran Instagramnya, rata-rata selebriti tanah air lain turut menitipkan rasa kagum dan respek dengan keberanian Beto melakukan aksi ngeri tersebut.

“Segalanya dirancang rapi bukan main terjah. Bangga dengan awak,” puji aktres Fauziah Nawi.

Semalam, nama Beto menjadi bualan netizen khususnya dalam Twitter selepas aktres Nabila Huda memuat naik video Beto membakar diri dalam salah satu babak untuk drama Halimun.

“Ini Beto Kusyairy ya semua. Pelakon sebenar begini perlukan sejuta pengikut ke? Kalau tiada yang menghargai bakatnya, tak tahulah nak cakap apa, dia ialah salah seorang pelakon hebat,” ciapnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI